Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Muncul Jilid Baharu Ella, Apa Beza Konsert Kali Ini?

Sama ke dengan konsert yang lepas?
Izwan
16 May 2024, 01:39 PM

Ratu rock negara, Ella bakal mengadakan sebuah konsert yang lebih istimewa ‘JILID ROCKESTRA ELLA: ROCKERS JUGA MANUSIA’ pada 9 Ogos 2024 nanti, bertempat di Plenary Hall, KLCC. Penganjur Hitman Solutions dan RockQueen kembali bekerjasama sekali lagi bagi menjayakan malam cukup bersejarah ini.

muncul jilid baharu ella, apa beza konsert ella kali ini?

Menurut Encik Rohit Rampal, CEO & Pengasas Hitman Solutions, beliau berbesar hati dapat bekerjasama dengan Ella dan pasukan RockQueen dan ia adalah satu pengalaman yang amat mengagumkan baginya.

“Setelah menganjurkan 4 buah konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ tahun lepas, kami masih menerima permintaan yang tinggi dari peminat-peminat Ella untuk menyaksikan Ella beraksi sekali lagi di atas pentas. 

“Oleh itu, sebagai tanda penghargaan kami mengambil keputusan untuk berkolaborasi sekali lagi demi mencipta satu lagi konsert yang istimewa buat peminat setia Ella,” katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Pelbagai gabungan unik, getaran rockernya dengan elemen band dan orkestra bakal ditonjolkan pihak penganjur dan Ella.

Menurut Ella, dia berkongsi pernah mengadakan konsert dalam genre orkestra dan kali terakhir adalah pada tahun 2017 lalu.

“Saya gabungkan dua perkara yang saya sayangkan, sebuah persembahan yang lebih intim dan meluangkan masa bersama peminat-peminat tersayang, kata Nor Zila binti Aminuddin yang lebih dikenali sebagai Ella.

“JILID ROCKESTRA ELLA kali ini adalah peluang untuk saya terokai gabungan muzik dari album-album saya yang dipersembahkan dalam bentuk yang cukup istimewa iaitu orkestra,” katanya.

Antara perbezaan yang bakal diberikan konsert kali ini adalah gabungan antara genre rock dengan 15 orang pemain muzik orkestra profesional.

“Konsert sebelum ini menceritakan tentang perjalanan seni dan kisah 35 tahun kerjaya saya, yang merupakan representasi lengkap diskografi saya sebagai penyanyi rock.

“Selain gabungan rock dan orkestra, konsert kali ini memberi kami peluang mempersembahkan kreativiti kami dalam berkarya dengan penambahan lagu-lagu hits yang belum sempat dimainkan, dan masih di bawah pimpinan pengarah muzik iaitu Dato' Hashridz Murshim bin Hassim (Dato’ Acis),” katanya.

Sebagai seorang anak seni yang prihatin, Ella masih mengekalkan solidaritinya terhadap Palestin dan akan terus bersuara demi manusiawi sepanjang berlangsungnya konsert nanti. 

“Konsep konsert masih lagi dalam perbincangan namun secara keseluruhannya adalah rapi, dari segi elemen muzik, set pentas, fesyen ‘glam rock’ dan semuanya akan kami ambil kira, namun secara keseluruhannya boleh saya rangkumkan dalam satu ayat, ‘rockchic rockestra’.

“Saya jangkakan durasi konsert akan berlangsung sekitar 2 jam 30 minit dengan 25 buah lagu yang bakal dipersembahkan, tidak termasuk dengan rangkain lagu-lagu medley yang telah kami gubah demi memenuhi permintaan perminat,” jelasnya.

SINAR berbesar hati dapat bersama dalam perjalanan muzik Ella untuk konsert kali ini sebagai radio rasmi anda.

Para peminat boleh mendapatkan tiket di laman web www.hitmanlive.com sekarang!
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us