Ratu rock Malaysia, Ella mendedahkan dia menjadi mangsa apabila akaun Facebook (FB) rasminya digodam.
Malah, platform itu juga digunakan untuk memuat naik gambar serta video tidak senonoh.
Tindakan undang-undang iaitu dengan membuat laporan polis berhubung isu berkenaan telah dibuat.
"Saya ingin memaklumkan akaun Facebook rasmi saya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada 27 Julai sekitar jam 6 petang.
"Pihak pengurusan dalam usaha melapor perkara ini kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan akan menyerahkan makluman kepada Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.
"Lebih menyedihkan apabila ruang media sosial itu turut dijadikan tempat untuk menyebarkan gambar dan video tidak senonoh oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
Tambahnya, dia tidak mahu imejnya terjejas akibat paparan hantaran tidak senonoh yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya yang telah digodam itu.
Siasatan lanjut akan dilakukan pihak berkuasa bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.