Baru-baru ini, peminat ratu rock negara Ella mendapat kejutan apabila penganjur Hitman Solutions menambah satu hari lagi untuk konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini pada 11 Jun depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, beliau mendengar permintaan para peminat dan tidak mahu mengecewakan peminat yang terlepas membeli tiket pada 10 Jun.
"Atas permintaan ramai yang menghantar mesej langsung dan ciapan di Twitter, kami memutuskan menambah satu malam lagi untuk konsert Ella.
"Kami akan merealisasikan perkara ini khusus buat peminat Ella," katanya.
Penjualan tiket bagi malam kedua sudah mula dijual jam 12 tengahari di www.hitmanlive.com.
Semalam, Ella mencipta rekod baharu apabila tiket konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota 'sold out' dalam masa 24 jam sahaja bagi artis Malaysia yang pernah dianjurkan di Axiata Arena.
Terdahulu, Ella mengumumkan akan menyampaikan 35 buah lagu termasuk Sepi Sekuntum Mawar Merah, Standing In the Eyes of the World, Sembilu, Baldu Biru dan Retak.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.