Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Ella Tak Sangka Tiket Konsert Habis Dijual Hanya 24 Jam

Memang terbaik luar biasa peminat Ella!
Izwan
15 Mar 2023, 09:20 PM

Baru-baru ini, Ratu Rock Malaysia, Ella menggemparkan para peminat apabila memadam semua hantarannya di media sosial miliknya.

Malah, beliau akhirnya mendedahkan kes tersebut di sidang media khas dengan pengumuman tentang konsert ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’ bersempena 35 tahun pembabitannya dalam industri seni yang bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 10 Jun 2023 nanti.

ella tak sangka tiket konsert habis dijual hanya 24 jam

Tiket konsert yang mula dijual pada 13 Mac 2023 jam 12:00 tengahari telah terjual sebanyak 50% hanya dalam tempoh 2 jam sahaja. 

Pihak penganjur Hitman Solutions dan RockQueen terpaksa mengambil langkah untuk menghentikan jualan sementara kerana lebih dari 25,000 orang telah beratur di laman web mengakibatkan proses pembelian menjadi tergendala. 

Namun, pihak penganjur telah segera menyelesaikannya dan penjualan disambung semula pada jam 5:00 petang.

Ini sedikitpun tidak mematahkan semangat peminat untuk terus mencuba untuk membeli tiket konsert Ella. Pada jam 7:00 malam, 90% tiket telah terjual dan selebihnya hanya tinggal kategori Rockzone. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Secara rasminya tiket konsert JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA habis terjual kesemuanya pada jam 12:00 tengahari keesokkan harinya pada 14 Mac, menandakan tiket-tiket tersebut ‘sold out’ dalam tempoh 24 jam selepas jualan bermula.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, beliau sangat berbesar hati dengan sokongan para peminat Ella yang menyokong dengan membeli konsert solonya. 

“Tiket ke konsert JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA ‘sold out’ dalam masa 24 jam sahaja, memecahkan rekod baharu dalam penjualan tiket bagi artis Malaysia yang pernah dianjurkan di Axiata Arena! 

“Kejayaan ini membuktikan bahawa betapa hebatnya peminat-peminat Ella dan saya kagum dengan kesungguhan mereka kerana tidak berputus asa untuk mendapatkan tiket konsert beliau. Ternyata Ella adalah Ratu Rock Negara yang tiada tolok bandingnya!”

“Secara jujurnya, saya sendiri tidak sabar untuk menyaksikan Ella beraksi di atas pentas dan ‘rock out’ bersama peminat-peminatnya pada 10 Jun ini, 8:00 malam di Axiata Arena Bukit Jalil,” katanya.

Malah, Ella juga berterima kasih dan bersyukur kepada semua kerana hasil jualan yang sangat luar biasa yang habis dijual dalam masa 24 jam sahaja.

“Saya juga berterima kasih kepada semua peminat dari seluruh pelusuk dunia, terutamanya dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan juga Brunei di atas semangat mereka yang ingin bersama saya meraikan konsert ini.

“Ella tidak sabar untuk berikan yang terbaik pada semua, semoga peminat dapat mendoakan kesihatan kesemua pihak yang terlibat agar acara ini menjadi memori yang wajar dikenang.

“Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mendapatkan tiket, InsyaAllah, pihak pengurusan sedang mempertimbangkan dan akan mencari jalan terbaik untuk memuaskan hati semua,” katanya.
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.