
Elyana mengejutkan peminatnya dan semua yang menonton Gegar Vaganza 4 apabila dia mengumumkan berita sedih yang dia menghidap penyakit kanser tahap empat.
Erneelya Elyana Emrizal membuat pengakuan tersebut secara terbuka selepas diumumkan tersingkir di konsert GV4 minggu kelima.
“Selama tujuh tahun saya merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan orang di luar sana.
“Saya tidak mahu menipu lagi, terutama kepada peminat dan cukuplah selama ini saya diamkan sahaja.
“Sepanjang tempoh itu juga, saya cuba mencari jalan dan waktu terbaik bagaimana caranya untuk saya memberitahu peminat.
“Hari ini saya rasa seperti dah hampakan peminat sebab saya masuk GV 4 ini untuk mereka,” katanya yang menghidap kanser limfoma sejak tujuh tahun lalu.
Walau berasa sedih dengan pengumuman berita itu, Elyana akui berasa lega selepas mendedahkan kondisi dirinya kepada umum. “Dah berpuluh-puluh kemoterapi saya tempuhi. Alhamdulillah, saya masih lagi diberikan nafas oleh Allah sehingga ke hari ini.
“Tapi apa yang paling saya takut sekali adalah tidur malam.
“Saya takut saya tak bangun esok pagi, jadi setiap hari saya menghargai momen-momen yang saya akan jalani.
“Sejujurnya saya berasa lega selepas memberitahu perkara ini kepada peminat,” jelasnya.
Elyana disahkan menghidap kanser selepas melahirkan anaknya Cinta Sumayyah pada tujuh tahun yang lepas.
Sumber dari Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.