
Pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan, Laudya Cynthia Bella hanya tersenyum apabila ditanya mengenai khabar angina yang mengatakan dia bakal berkahwin dengan Engku Emran Zainal Abidin, 42.
Daripada laporan Detik Hot, Bella, memilih untuk berdiam diri apabila media Indonesia bertanyakan mengenai tarikh perkahwinannya dengan bekas suami Erra Fazira itu.
Ketika ditanya oleh wartawan, Bella hanya melemparkan senyuman dan terus berlalu pergi. Melalui laporan Utusan Online, Bella dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Engku Emran pada pertengahan September ini.
Sumber dari Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.