Pelakon dan pelawak, Enot hanya berdiam diri daripada ‘perang mulut’ berkenaan isu kontroversi yang melanda dirinya ketika ini.

Kini, dia tidak lagi ingin memberi sebarang penjelasan atau meminta perhatian berkenaan isu yang dikatakan Didie Alias itu.
Malah, Enot menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat persepsi tersendiri berhubung isu itu.
"Hal terakhir dariku apabila aku sudah tidak ingin berdebat. Dari itu aku memilih diam walau seribu perkara tersimpan. Saat ini tidak lagi meminta perhatian, tidak lagi meminta penjelasan.
"Malah, aku juga tidak lagi ingin menjelaskan dan tidak lagi inginkan sebarang perdebatan. Tidak mengapa, aku baik baik sahaja begini. Alah bisa tegal biasa. Lebih baik diam dari terpaksa berdebat yang bisa menyakitkan.
"Apapun sangkaan dan tanggapan mereka, maka terserah. Aku lelah menjelaskan maka sekarang aku diam," tulisnya di laman TikTok.
Luahan Enot itu seolah memberi gambaran yang dia sudah lama terasa hati dengan seorang rakan artis mengundang pelbagai pertanyaan dalam kalangan peminat.
Ramai warganet memberikan pelbagai reaksi dan ada yang meneka mungkin artis itu adalah Didie Alias, rakan baiknya sendiri.
Dia menekankan tidak mahu bersuara kerana tidak mahu bergaduh atau bermusuhan serta dia juga meminta individu itu untuk berfikir kembali punca dia jauh hati terhadapnya.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.