Pelakon, penerbit dan usahawan terkenal Erma Fatima berkongsi detik istimewa majlis merisik anak lelaki sulungnya, Syamil Ikhwan, 27, yang diadakan secara maya.
Majlis tersebuat diadakan pada petang hari Sabtu disempurnakan dengan kehadiran bekas suami Erma, Bade Azmi dan isterinya, Aida.
“Sesungguhnya ketika ini saya melanggar adab, hanya merisik melalui Zoom, melalui online, saya amat rasa bersalah dengan apa saya buat ini. Tetapi saya rasa lebih bersalah pada Allah.
“Lebih baik saya percepatan perkara ini. Saya tenang, saya happy tengok mereka berdua disatukan,” katanya dalam sebuah video di Instagram.
Meskipun talian internet seringkali terputus-putus sepanjang majlis, namun ia berjalan dengan lancar. Bahkan, tindakan Erma dan Bade itu dipuji oleh warganet dan dijadikan contoh.
Selain ucapan tahniah, rata-rata warganet turut membanjiri ruangan komen hantaran Erma dengan kata-kata pujian atas tindakan yang dilakukan oleh kedua-dua belah keluarga iaitu Erma dan bakal besan kerana mematuhi SOP ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.