Pelakon Ezzaty Abdullah amat bersyukur dan berkongsi rasa gembiranya apabila akhirnya dapat pulang ke kampung halamannya di Pahang selepas kerajaan membenarkan orang ramai merentas negeri mulai hari ini.
Menurut perkongsian Ezzaty di IG, rindu yang disimpan selama tempoh tiga bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akhirnya diubati juga.
"Wajah keriangan kami semua. Awal-awal lagi dah balik Bentong.
"Alhamdulillah dapat juga jumpa keluarga setelah lebih tiga buan tak jumpa.
"Selalu setiap minggu jumpa. Gembiranya tak terkata, sampai menangis dapat peluk ibu dan bapa," kata Ezzaty.
Seksanya tidak dapat berjumpa keluarga kata Ezzaty ibarat tidak bertemu 300 tahun.
"Seksa tak dapat jumpa tiga bulan ni rasa macam 300 tahun tak dapat jumpa.
"Lagi-lagi hari raya hari itu atak dapat juma. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah masih panjangkan usia kami dapat berpelukan semula," tambahnya.
Menurut Ezzaty juga, seandainya diberikan rezeki melimpah ruah, dia mahu belikan keluarganya tujuh buah rumah berhampiran kediamannya.
"Kalaulah satu hari nanti saya jadi kaya, saya nak beli 7 biji rumah dekat taman yang sama jadi semua keluarga dan adik-beradik boleh jumpa selalu takutlah jadi apa-apa lagi macam COVID-19 ni," kata Ezzaty lagi.
Sumber: Gempak / Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.