Pergolakan rumah tangga pasangan selebriti ini mendapat perhatian kembali apabila mereka berdua dilihat sudah berdamai.

Malah, Farid Kamil mendedahkan dia sudah kembali menjadikan Diana Danielle sebagai isterinya pada 31 Ogos lalu.
Dia berkongsi berita gembira itu ketika muncul dalam sebuah program hiburan pada hujung minggu.
“Alhamdulillah saya dan isteri kembali rujuk pada pada 31 Ogos 2023,” ujar Farid.
Tambahnya, Farid juga mengatakan pengalaman lalu telah mematang mereka dan kesepakatan untuk rujuk semula adalah kerana agama.
“Perkahwinan saya dapat diselamatkan dengan izin Allah. Pengalaman lalu telah mematangkan kami.
“Pokoknya adalah agama. Saya sebagai suami boleh membimbing isteri dan isteri saya harus dapat menguatkan ilmu agama supaya dapat membimbing anak-anak,” katanya lagi.
Terdahulu pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Sumber: Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.