cerita artis “Ambil Positif Dengan Ujian Yang Allah Bagi,” Fasha Sandha Kongsi Rutin Berada Di Rumah Fasha Sandha kongsikan rutin harian berada di rumah sepanjang tempoh PKP. Editor 06 Apr 2020, 04:05 PM Share Tweet Pelakon Fasha Sandha tetap bersikap positif berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.Menurut Fasha, dia banyak meluangkan masa bersama keluarganya melakukan ibadah di rumah.Perkongsian menerusi sebuah entri di laman sosial Instragram buat tatapan umum.“Allah sentiasa menguji kita di muka bumi ni. Ayuh kita ambil positif dengan ujian yang Allah bagi ni.“Untuk kami sekeluarga, kami tenang2 aja di rumah, kami ambil ruang yang ada untuk puasa ganti, puasa sunat berselang seli hari, setiap hari wajib berjemaah, ajar anak2 membaca, mengaji, buat homework.” View this post on Instagram Allah sentiasa menguji kita di muka bumi ni. Ayuh kita ambil positif dengan ujian yang Allah bagi ni. Untuk kami sekeluarga, kami tenang2 aja di rumah, kami ambil ruang yang ada untuk puasa ganti, puasa sunat berselang seli hari, setiap hari wajib berjemaah, ajar anak2 membaca, mengaji ,buat homework. Gunakanlah masa ni dengan perkara berfaedah Kesayanganku. Jaga mata, jaga telinga dan jaga mulut ,jaga jari jemari tau ... Faham , ada juga yang stress sbb lama sangat dalam rumah 😅 Kalau takde idea nak buat apa, cuba resepi2 baru atau main tiktok k 💖 . Ya Allah, semoga #covid19 cepat pergi dari kita semua. Love you kesayanganku.... 💖 @wlfs4evaA post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on Apr 4, 2020 at 5:54am PDTFasha juga menasihati orang ramai agar tidak berasa tertekan walaupun duduk di rumah dalam tempoh masa yang lama ini.Perkongsian tersebut mendapat banyak komen positif di ruangan komen dari para pengikut Fasha.Sumber: Instagram Share Tweet Filled Under : covid19 koronavirus KekalTenang HapusCOVID19 DudukRumah *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.