Pasangan kegemaran ramai, Fattah Amin dan Nur Fazura kini memasuki bulan ketujuh kehamilan anak pertama mereka. Fattah Amin berkongsi beberapa tips yang selalu diamalkan oleh dirinya sepanjang kehamilan isterinya.
Antara amalan yang selalu diamalkan Fattah adalah dengan membaca surah Yusuf dan Mariam.
"Setiap kali selepas balik kerja, jika berpeluang, saya akan luangkan masa untuk membacakan beberapa surah untuk anak kami di dalam kandungan itu.
"Antara surah yang saya baca adalah surah Yusuf dan Mariam, Insya-Allah, saya percaya akan kebaikan membaca surah-surah ini kepada bayi dalam kandungan," katanya kepada Gempak
Bukan itu sahaja, Fattah mengakui bahawa Fazura ada menunjukkan sedikit perubahan dari segi ‘mood’ ketika sedang hamil. Namun, Fattah kekal bertenang dan bersabar dan melayankan segala karenah isterinya.
"Saya faham, sudah tentu wanita yang sedang hamil akan mengalami sedikit perubahan dari segi mood mereka, begitu juga isteri saya.
"Tetapi, sebagai suami, saya perlu banyak bersabar dan sentiasa berada di sisi dia, layankan sahaja kerenahnya," katanya lagi.
Sekadar informasi, Fattah Amin dan Nur Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.