Sebelum ini, Fathia Latiff telah menafikan video Bigo Live yang tular di laman sosial sejak minggu lepas adalah bukan dirinya tetapi semalam Fathia Latiff telah membuat pengakuan dialah wanita menari seksi tersebut.
Selepas pengakuan itu, ramai Netizen memberikan reaksi mereka terhadap perbuatan Fathia Latiff itu dan menyuruh dia mengambil iktibar dari perlakuan ini.
Malah ada juga yang mengecam tindakan Fathia dan membuat andaian bahawa Fathia tidak berfikir dahulu sebelum melakukan apa-apa perkara.
Fathia juga telah berkongsi permohonan maaf di akaun Instagram miliknya pada malam semalam. Fathia juga telah memuatnaik foto keratin berita tentang pengakuan salah lakunya kepada akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times.
Dia meminta maaf di atas keterlanjurannya itu dan menunjukkan imej yang tidak baik kepada peminat dan keluarganya. Selain itu dia meminta orang ramai tidak menyalahkan pelakon Natasha Elyzza kerana pelakon itu memang tidak bersalah dalam hal ini.
Dalam pengakuannya terhadap akhbar New Straits Times, Fathia menjelaskan ketika itu dia sedang menari bersama beberapa orang rakan wanitanya ketika menyewa sebuah villa.
"Itu adalah saya. Ketika itu saya dan beberapa rakan berada di villa yang disewa.
"Sesi menari itu hanya di antara saya dan rakan-rakan perempuan dan kami menari di dalam bilik mandi," katanya.
Dia berasa sangat malu di atas perbuatannya itu dan tidak menyangka ada pihak yang sengaja merakam video mereka ketika leka menggunakan aplikasi Bigo Live.
Sumber dari Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.