Pelakon sensasi, Fathia Latiff menegaskan dia masih layak untuk memuat naik sebarang foto dan perkara berkaitan bekas kekasihnya Aiman Hakim.
Malah, dia juga melakukan tindakan itu bukan kerana pernah menjalin hubungan cinta sebelum ini.
Berusia 36 tahun, dia menganggap tindakannya itu bukanlah sebagai provokasi dan tiada niat untuk menghancurkan rumah tangga aktor tersebut dengan isterinya, Zahirah Macwilson.
“Macam menghancurkan rumah tangga orang? Macam mana awak tahu saya lakukan provokasi?
“Dia seorang selebriti dan saya boleh muat naik apa sahaja yang saya suka.
“Jadi mengapa saya tidak boleh guna foto dia yang sudah tersebar di seluruh dunia,” katanya dalam temu bual bersama penyanyi Caprice semalam.
Tambahnya, Aiman juga merupakan individu dicintainya sebelum ini dan merasakan tidak salah untuk berkongsi gambar bersamanya.
“Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya kerana sudah bercinta selama lima tahun.
“Tidak salah rasanya untuk saya muat naik sesuatu tentang seseorang yang pernah berada dalam hati saya sebelum ini,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.