
Pelakon, Fattah Amin, mengakui masih menyayangi isterinya, Nur Fazura Sharifuddin meskipun Fazura sebelum ini telah menfailkan permohonan penceraian pada 13 September lalu.
Fattah Amin, 34, berharap masalah rumah tangganya itu dapat diselesaikan dengan baik.
“Saya mohon doa daripada semua yang terbaik untuk kami dan saya masih berpegang dengan kenyataan sebelum ini.
“Saya masih sayangkan Fazura,” ujar Fattah.
Fattah juga memberitahu dia akan sedaya upaya menyelamatkan rumah tangganya seperti dimaklumkan sebelum ini.
Selain itu, Fattah memberitahu bahawa beliau enggan melafazkan penceraian pada pagi ini dan tidak mahu menjawab soalan spekulasi melibatkan isu curang.
Menurut Peguam Syarie yang mewakili Fattah, Zulkifli Che Yong, Fattah belum bersetuju untuk bercerai secara baik atau sebaliknya.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling menangguh kes permohonan cerai Fazura kepada 7 Oktober ini.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.