
Fattah Amin menjadi bualan Netizen selepas dia dikatakan enggan muncul dalam program Meletop yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil Ahmad.
Pihak produksi Meletop telah pun memohon maaf kerana Fattah Amin tidak dapat hadir.
“Kami ingin memohon maaf. Fattah Amin tidak dapat hadir malam ni, disebabkan urusan di luar jangkaan yang tak dapat dielakkan. Tapi jangan risau, nanti kami jemput Fattah Amin & isteri datang sini lagi. Hehe,” jelas kenyataan itu menerusi Instagram rasmi program berkenaan.

Dikhabarkan pelakon popular itu telah pin bersiap sedia di belakang pentas untuk muncul dalam program berkenaan tetapi dia membuat keputusan untuk menarik diri pada saat akhir. Dari laporan mStar Online, Raqim Ahmad sekalu Ketua Saluran Melayu Astro ketika dihubungi berkata, Fattah telah pun muncul namun ada hal kecemasan di saat akhir dan perlu menarik diri di saat akhir.
Sumber dari Siakap Keli dan mStar Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.