Pelakon, Fazura telah menyanyikan single terbaharunya secara langsung dalam sebuah rancangan di Indonesia.

Berusia 41, pelakon itu ternyata menerima kritikan hebat netizen yang dikatakan kurang baik semasa menyampaikan lagu berjudul Bertahan Demi Cinta.
“Aku kalau menyanyi memang ke laut dalam, bila dengar Fazura menyanyi lega sikit hati sebab ada geng,” komen salah satu warganet.
“Kami pun cuba bertahan untuk mendengar sampai habis. Seksa,” jelas pengikut.
“Dengar dalam video muzik punyalah sedap tiba-tiba nyanyi secara langsung, cukuplah dengar sekali sahaja,” tulis warganet lain.
Lagu Bertahan Demi Cinta merupakan single yang pernah dirakamkan bersama bekas suaminya, Fattah Amin sebelum mereka berpisah.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.