Baru-baru ini, pelakon Fezrul Khan berkongsi sebuah video memaparkan aksinya menolak Fathil Dani ke dinding sehingga potret gambar terjatuh dalam sebuah babak lakonan.

Dia yang berpengalaman dengan pelbagai aksi lakonan dan lagak ngeri yang dilakukannya turut berkongsi perasaan apabila dapat bekerja sama dengan ramai pelakon baru dan lama.
“Kalau pelakon lain ni mau masuk Melodi lagi kena hempas, kena baling kena cekik. Lepas tu ‘play victim (jadi mangsa) dan attention (tarik perhatian). Make believe (membuatkan ia dipercayai).” tulisnya di kapsyen.
Tambahnya, dia memuji sikap profesional Fathil yang tidak menjadikan seolah isu besar baginya dan menyindir seseorang.
Terdahulu, pelakon Fezrul Khan dan Reen Rahim pernah tersebar kontroversi apabila Reen Rahim mendakwa Fezrul Khan mencekiknya terlalu kuat ketika menjalani penggambaran.
Malah, aktres itu turut mendakwa babak itu boleh membahayakan nyawanya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.