Penyampai radio SINAR, Hefny Sahad telah selamat bernikah bersama pasangan pilihannya Nur Atiqah.
Mereka berdua telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja tepat jam 5.39 petang pada 29 Jun 2024.
Majlis pernikahan itu diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur telah dihadiri oleh tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat.
“Saya harap peminat faham majlis ini tertutup dan dijalankan dengan ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.
“Kawan-kawan jangan terkejut dan merajuk ya nanti sebelah lelaki di JB saya akan bagi kad jemputan,” katanya.
Berusia 37 tahun, Hefny meluahkan rasa syukur atas doa peminat yang mendoakan baik-baik tentang jodohnya.
Dia berharap agar para peminat dan pendengar setia radio SINAR akan terus menyokong dirinya dalam menjalani hari-hari mendatang sebagai suami isteri.
Tahniah, semoga kehidupan anda berdua dipenuhi dengan cinta yang mendalam, kesetiaan yang teguh, dan kebahagiaan yang tak terhingga.
Tahniah dan selamat pengantin baru daripada kami di SINAR!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.