Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Nur Heliza Helmi berkongsi ada melakukan solat sunat istikharah terlebih dahulu dan berbincang dengan suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sebelum membuat keputusan menerima mana-mana tawaran berlakon.

Berusia 37 tahun, dia juga menitikberatkan sesuatu watak itu sebelum bersetuju untuk menerima mana-mana tawaran berlakon.
Malah, dia juga mahu memastikan setiap karya yang diterima dapat memberi manfaat kepada penonton dan bukan sekadar hiburan kosong.
“Jika ditawarkan dengan mana-mana naskhah, saya akan buat solat sunat istikharah dahulu untuk mendapatkan petunjuk, selain turut berbincang dengan suami dan keluarga.
“Saya juga akan mendapatkan nasihat daripada guru (agama). Sekiranya karya tersebut memberikan manfaat barulah saya akan teruskan,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.