Penyanyi tanah air, Heliza Helmi meluahkan perasaan kecewa apabila usahanya berkongsi info terkini berkaitan Palestin mendapat amaran dari Instagram.
Heliza yang menggunakan akaun Instagram miliknya sebagai platform mengedarkan info terkini mengenai berkongsi tentang amaran tersebut dalam satu hantaran.
Menurut Heliza, kandungan yang dikongsikan olehnya itu dilabelkan sebagai kandungan berbahaya.
“Kutip derma dan bercakap benar pun violence ke? LIVE pun kakja dah tak dapat buat,” tulisnya.
Namun, itu tidak memutuskan semangat Heliza menyebarkan info terkini kepada khalayak ramai. Dalam sebuah hantaran lagi, Heliza turut memaklumkan dia mempunyai cara lain untuk berkongsi info-info tersebut.
“Dekat sinun pun dia buat juga.
“Ok kita cuba jangan komeng heshteg. Kita guna bhs sam4r sam4r,” tulisnya.
Dilaporkan pencerobohan dan serangan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin buat kali ini bermula sejak 7 Mei lepas dengan serangan di Masjid al-Aqsa.
Ia kemudian diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza sejak Isnin lepas, sehingga kini dilaporkan lebih 200 rakyat Palestin terkorban manakala beribu lagi cedera.
Sumber: Gempak / Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.