Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Terkena Sihir, Hidayah Sanggup Bawa Hamzah Ke Gunung Jerai Berubat

“Perjalanan berjalan lancar dan tenang” - Hidayah
Izwan
20 Apr 2023, 05:35 PM

Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah sanggup membawa anak tunggalnya, Hamzah ke Gunung Jerai, Kedah untuk berubat kerana mendakwa mereka terkena sihir.

terkena sihir, hidayah sanggup bawa hamzah ke gunung jerai berubat

Menurut perkongsian di laman Instagram, dia berkongsi perjalanan ke Telaga Tok Sheikh di Gunung Jerai yang difahamkan untuk ikhtiar berubat itu

Dia bersyukur perjalanan mereka berjalan lancar dan segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.

"Ibu bawa Hamzah pergi mandi di Telaga Tok Sheikh, semoga anak ibu kembali sihat sedia kala. Amin.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @abam_bocik

"Ibu akan buat terbaik untuk anak ibu, biarlah apa orang-orang nak kata, hanya Allah yang mengetahui semua ini. Sebab mereka tak pernah rasa, apa yang kita rasa selama ini. Dari anak ibu waktu kecil sampai sekarang.

"Itu sebab ibu tak pernah nak letak video ataupun gambar anak ibu, ibu tahu setiap kali ibu 'post' gambar atau video pasti malam akan terjadi sesuatu," tulisnya dalam keterangan video itu.

Malah, dia juga menyifatkan kunjungannya dan Hamzah ke kawasan Gunung Jerai itu amat menenangkan.

"Terima kasih pada yang mendoakan kami sekeluarga. #orangbaikramaisayang.

"Perjalanan di padang Tok Sheikh ini, kami sewa van. Kami ke kemuncak di atas dapat aura yang sangat luar biasa di sini," tulisnya.

Terdahulu, Hidayah memaklumkan dia dan anaknya, Hamzah sudah mengalami gangguan 'sihir' sejak Allahyarham Abam meninggal dunia.

Hidayah berkahwin dengan Abam pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan meninggal dunia di rumahnya di Gombak, Selangor pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun.

Sumber: Harian Metro
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us