Penyanyi Shila Amzah mendapat perhatian ramai peminat apabila berkongsi hantaran terkini di Instagram miliknya seolah-olah memberi bayangan bahawa hubungannya bersama kekasih hati yang juga pempengaruh media sosial, Ubai MZ sudah berakhir.

Menurut perkongsian tersebut, Shila meluahkan ucapan terima kasih kepada Ubai atas perkenalan yang terukir antara mereka.
"Terima kasih untuk 5 bulan yang cukup indah.
"Awak adalah pasangan yang hebat. Terima kasih kerana menunjukkan kasih sayang kepada Seth.
"Saya doakan yang terbaik untuk awak, dimurahkan rezeki dan semoga awak dapat segala apa yang awak hajati.
"Terima kasih untuk segala-galanya.Saya akan ingat memori ini sampai bila-bila," katanya.
Terdahulu, pasangan ini mengaku bercinta menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Sumber: Berita Harian / XTRA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.