Pelakon Hun Haqeem dilihat menjadi perhatian orang ramai apabila video yang memaparkan dirinya memeluk wanita dan bersalaman ketika berjalan di acara karpet merah bagi acara promosi sebuah drama bersiri.

Menurut perkongsian di laman TikTok, warganet mempersoalkan identiti wanita berkenaan yang dilihat secara tiba-tiba salam dan memeluk seorang wanita bertudung.
Pelbagai reaksi warganet yang diberikan terhadap video tersebut dan banyak spekulasi yang diberi komen.
"Kau gatal siap kau," kata seorang pengguna media sosial itu.
Namun, ramai yang menarik nafas lega apabila mengetahui wanita yang dipeluk Hun itu adalah kakak kandungnya sendiri.
Kakak kepada Hun dikenali sebagai Nureen Qistina adalah pemain gitar untuk kumpulan Xpose Band.
“Kali ini saya fokus dalam memilih watak yang lebih berat dan saya ingin penonton mengikuti dan menikmati perjalanan setiap watak seperti mana pelakon lain lakukan.
“Saya dan pelakon lain akan duduk berbincang dan mencari inisiatif untuk membezakan watak yang kami bawa. Watak Zamir ini agak misteri dan itulah apa yang saya cuba sampaikan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.