Selepas selesai kes perceraian penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah, ibu kepada penyanyi itu Siti Hafiza kembali muncul meluahkan kata-kata ‘hikmah’ dalam media sosialnya, Instagram.

Siti Hafiza Basharahil atau mesra disapa Fiza memanjatkan rasa syukur apabila segala urusan dipermudahkan yang dipercayai merujuk kepada kemelut rumah tangga anaknya.
“Alhamdulillah di hari Khamis yang penuh barakah ini kami memanjatkan syukur dan Allah permudahkan semua urusan serta beri ketenangan pada kami sekeluarga.
“Yang baik semuanya dari Allah dan sebaliknya adalah khilaf dari kami yang daif dan tidak sempurna.
“Pada anda yang sentiasa mendoakan kami, masya-Allah hanya Allah dapat membalas jasa baik kalian dan sebaliknya, tabarakallah kami ucapkan,” katanya menerusi Instagram.
Tambahnya, sebagai manusia kita seharusnya belajar dari kesalahan sendiri selain mengutamakan soal ketenangan hati.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.