Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel dikecam warganet kerana dia dituduh tidak menyokong Palestin.

Malah, dia kecewa dengan segelintir warganet yang menuduh secara melulu kepadanya terhadap isu itu.
Dia juga mendedahkan ibu bapanya menerima ugutan bunuh daripada seorang pengguna media sosial gara-gara disangka tidak memberi sokongan kepada rakyat Palestin.
“Jika ini adalah sebahagian daripada cara untuk #blockout2024 maka terangkan kepada saya, apakah dihalalkan untuk mengugut, menghina, memfitnah, mencaci maki tanpa usul periksa atas nama boikot?” katanya.
Berusia 26 tahun, dia hanya menzahirkan perasaan kepada sesetengah individu dan hanya berpesan kepada warganet supaya menjaga adab dan berhemah di media sosial.
Tambahnya, Naim sama sekali tidak pernah menerima sebarang bentuk tajaan barangan mewah dari jenama yang menyokong rejim laknatullah.
“Alhamdulillah, saya dibesarkan dalam keluarga yang penyayang, menerapkan nilai-nilai Islam dan empati sesama manusia, hubungan sesama alam juga manusia,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.