Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Ibu Mentua Mira Filzah Turut Terima Gelaran Datuk - “Rahmatilah Perjuangan Dan Usaha Ibu Ku,”

Tahniah Datuk Mastura!
Editor
02 Feb 2021, 03:27 PM

Bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 pada Isnin lalu, ibu mentua kepada pelakon jelita, Mira Filzah, Datin Mastura Yazid adalah antara individu yang menerima Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) dengan membawa gelaran Datuk. 

ibu mentua mira filzah turut terima gelaran datuk - “rahmatilah perjuangan dan usaha ibu ku,”

Datuk Mastura menerima gelaran tersebut daripada YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ini Almarhum Sultan Haji Ahmad. 

Berita gembira ini sudah tentu dikongsikan sendiri oleh suami Mira Fizah, Wan Emir Astar dalam sebuah hantaran di akaun Instagram kepunyaannya.

ibu mentua mira filzah turut terima gelaran datuk - “rahmatilah perjuangan dan usaha ibu ku,”

“Menjunjung kasih YDPA Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas pengurniaan Darjah Kebesaran buat Bonda patik, @masturayazid. 

“Moga anugerah sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 hanya akan menjadikan Bonda patik lebih baik dan terus cekap dan cekal dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang amanah buat semua, baik di Kuala, di desa, mahupun di pentas antarabangsa, untuk nama baik negara.

“Di sebalik tabir berdekad-dekad perjalanan khidmat dan bakti Ibu kepada masyarakat, bangsa dan negara, hati dan mata ini sendirilah yang menjadi saksi sendiri kepada tangisan, darah dan keringat yang dilimpahkan, demi cinta.. sebuah perjuangan.

“An inspiring, passionate, beloved leader, that is my Ibu. Tahniah Ibu. Papa would look dearly upon this moment today, for he knows how incredible Ibu has been for Papa, the people of Kuale, and the nation.

“Rahmatilah perjuangan dan usaha Ibu ku Ya Rabb, demi kebaikan agama, bangsa dan negara,” tulis Wan Emir di hantaran tersebut.

Mira turut memuat naik sebuah hantaran ucapan tahniah kepada ibu mentua tercinta menerusi Instagram story dengan menulis “Tahniah Ibu.”

Datuk Mastura berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan merupakan Ali Parlimen Kuala Kangsar.

Sumber: Instagram Wan Emir Astar 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.