Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Ibu Shila Amzah Dedah Hubungan Rumah Tangganya Retak, Penat Ditipu Individu Rapat

Alamak! Hati-hati dengan siapa tu?
Izwan
23 Aug 2023, 04:46 PM

Baru-baru ini, kecoh apabila penceraian ibu bapa kepada penyanyi Shila Amzah, Datuk Amir Amzah Salleh atau mesra disapa ND Lala dan Datin Fauziah Sarman mengejutkan ramai individu.

ibu shila amzah dedah hubungan rumah tangganya retak, penat ditipu individu rapat

Perkahwinan yang dibina hampir 34 tahun akhirnya terlerai apabila dua kali iaitu pertama pada pada 2 Ogos lalu manakala kali kedua pada 8 Ogos apabila ND Lala menghantar lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp.

Malah, Fauziah akhirnya membuka mulut berkenaan rumah tangganya dan menulis satu hantaran panjang lebar berkenaan kemelut rumah tangganya dengan ND Lala.

Menurut hantarannya di laman TikTok, dia berat untuk menerima apa yang berlaku tetapi dia tetap akur dan reda akan hubungannya dengan bekas suami.

“Assalamualaikum semua. Pertama, dengan rasa rendah diri saya ingin mengucapkan seikhlas terima kasih di atas segala sokongan, perhatian dan kasih sayang yang ALLAH dianugerahkan kepada saya menerusi kalian, anak-anak, keluarga, kenalan jauh dan dekat serta yang mengenali saya sejak kisah rumahtangga saya diketahui semua.

“Sebagai seorang wanita yang dinikahi sejak 19 Oktober 1989 ketika usia saya 21 tahun, saya cuba menjadi isteri terbaik buat suami dan ibu buat empat orang anak. Tidak pernah langsung terfikir noktah ikatan perkahwinan saya menjadi begini kisahnya.

Beberapa minggu telah berlalu, Fauziah kini semakin kuat berhadapan kenyataan hasil sokongan daripada pelbagai pihak.

“Mahu atau tidak, kerana kerjaya anak sulung saya, tempiasnya terkena kepada saya. Apatah lagi penamat ikatan perkahwinan ini bagi saya tidak kena untuk usia perkahwinan kami yang bukanlah muda, malah kami sudah punya dua orang cucu,” titipnya.

“Saya menulis ini setelah berjaya memujuk hati, mengutip kekuatan hasil sokongan mereka yang sentiasa berada di sisi saya.

“Alhamdullilah kekuatan yang ada saat ini sangatlah luar biasa. Tiada lagi air mata. Tiada lagi rasa menyalahkan diri sendiri.

“Justeru, sedikit rasa sebagai seorang wanita pernah menjadi isteri dan ibu ingin, saya kongsikan supaya dapat menjadi pengajaran buat semua,” ujarnya.

Sumber: Sinar Plus
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us