Minggu suku akhir The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 menyaksikan maskot Musang tersingkir dengan persembahan lagu Warisan Wanita Terakhir nyanyian asal Teacher’s Pet.

Dengan jumlah markah sebanyak 59.10%, Musang disingkirkan sekaligus merungkai identitinya iaitu penyanyi, pelakon dan pengarah filem Malaysia – Datuk Yusry Abdul Halim.
Manakala, maskot Bunga Matahari masih kekal di tempat pertama dengan jumlah markah tertinggi 77.34%, diikuti dengan Sang Kancil dan Biskut Aiskrim.
Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.