Pemergian pelakon veteran Idris Md Diah memberi kesan bukan sahaja kepada dunia hiburan dan peminatnya. Namun ia turut memberi kesan kepada rakan artis yang pernah bergading bahu dengan Allahyarham termasuklah pelakon terkenal, Remy Ishak.
Remy berkongsi pengalaman awal kerjayanya memasuki dunia seni di laman Instagram, Remy menyatakan bahawa Allahyarham antara orang pertama yang sedar dan percaya akan bakat lakonan beliau.
“Dik... In shaa Allah kau boleh pergi jauh, bukan senang nak cari pelakon yang ada ‘rasa’, abang percaya dengan kau. Tak percaya? kau tengoklah nanti,” tulis Remy
Idris Mohd Diah menghembus nafas terakhir pada usia 61 tahun di kediamannya di Presint 9, Putrajaya awal pagi Isnin.
Pelakon veteran tersebut dikatakan meninggal dunia ketika sedang tidur kira-kira pukul 2.30 pagi, Isnin.
Remy turut berkata dia mengenali Allahyarham ketika berlakon dalam telefilem untuk RTM, sebelum dirinya dikenali sebagai Remy Ishak.
“Zaman awal sebelum aku jadi ‘Remy Ishak’. Tak ada orang yang kenal, tak ada siapa-siapa yang percaya dengan aku masa tu.
“Sampai ke hari ni terngiang-ngiang suara abang Dris kat telinga.
“Semoga Abang di tempatkan kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya lagi.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.