Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Pelakon Veteran, Idris Mohd Diah Menghembus Nafas Terakhir Awal Pagi Tadi

Al-Fatihah.
Editor
14 Sep 2020, 11:22 AM

Dunia hiburan tanah air sekali lagi dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon veteran, Mohd Idris Mohd Diah atau lebih dikenali sebagai Idris Mat Diah.

Khabar duka itu dikongsikan oleh rakan pelakon, Zulkifli Ismail menerusi laman Facebooknya, awal pagi tadi.

pelakon veteran, idris mohd diah menghembus nafas terakhir awal pagi tadi

Menurut laporan daripada Gempak, anak Allahyarham, Alia memaklumkan ayahnya ditemui tidak sedarkan diri sekitar jam 2 pagi tadi sebelum menghubungi ambulans dan disahkan meninggal dunia jam 2.30 pagi.

Tambah lagi, Allahyarham yang kini berusia 61 tahun juga dikatakan tidak mempunyai selera makan sejak dua tiga hari ini.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Al-Faizin Taman Desa Kepong untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Lagong, Taman Ehsan, Kuala Lumpur sebelum Zuhur.

Sepanjang penglibatannya dalam bidang lakonan, Allahyarham sangat sinonim dengan karakter seorang bapa dan beliau merupakan pelakon yang cukup disegani dalam industri.

Antara drama yang pernah dilakokan Allahyarham ialah Wadi, Cinta Si Wedding Planner, 7 Hari Mencintaiku, Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir, Zahir Tak Terucap, Andainya Takdir 2 dan yang terbaru, 7 Hari Mencintaiku 2.

Barisan penggiat seni tanah air, turut meluahkan perasaan sedih atas pemergian arwah.

pelakon veteran, idris mohd diah menghembus nafas terakhir awal pagi tadi

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Gempak

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.