
Sekali lagi Ifa Raziah dikecam netizen gara - gara memakai gaun seksi dan singkat. Pakaian yang dikenakan dikatakan terlalu ketat sehingga menampakan bentuk tubuh badannya.
Disebabkan perkara tersebut, Ifa Raziah dicop terlalu terdesak oleh netizen untuk membuktikan dia sudah kurus.
Disebabkan perkara tersebut, Ifa Raziah tampil memberi penjelasan.
Niat saya memang nak tunjuk. Selama ini saya buat promosi produk di IG orang cakap gambar hasil suntingan. Malah tunjuk gambar sebelum dan selepas pun orang tak percaya. Apabila saya tunjuk penampilan sebenar, orang kecam pula. Kalau tak tunjuk kata saya propa dan menipu. Kenapa susah sangat nak terima hakikat yang saya sudah kurus?
Lagi pula dalam video berkenaan saya bukannya berbogel. Orang kita terlalu cepat menjatuhkan hukum tanpa ambil tahu cerita sebenar.
Sebenarnya, gaun itu ada lapisan luar. Namun, disebabkan ia labuh jadi tidak sesuai untuk berjalan atas air. Lagi satu, sebelum ini pun saya pernah pakai baju tanpa lengan. Kenapa tidak ada yang tularkan? Adakah sebab ketika itu saya gemuk atau tak cantik?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.