Pelakon terkenal India, Irrfan Khan meninggal dunia pada usia 53 tahun selepas mengalami komplikasi kesihatan daripada jangkitan kolon.
Irrfan mengumumkan bahawa dia telah didiagnos dengan tumor neuroendokrin pada tahun 2018.
Irrfan yang juga pemenang aktor terbaik Anugerah Kebangsaan India meninggal dunia di sisi isterinya, Sutapa Sikdar dan dua anaknya Babil dan Ayan.
Berita kematian pelakon tersebut dikongsi di laman Twitter pembikin filem, Shoojit Sircar.
Ketika hayatnya, Irrfan sudah membintangi lebih 100 filem dan memenangi pelbagai anugerah hasil karya lakonan yang mantap.
Antara filem lakonannya adalah Life of Pi, Jurassic World, The Amazing Spiderman dan Slumdog Millionaire.
Sumber: Hindustan Times
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.