Penyanyi popular lagu Pencinta Wanita, Irwansyah akan menyediakan lif dalam rumahnya atas sebab ingin memudahkan isterinya yang juga seorang pelakon, Zaskia Sungkar yang kini sudah hamil 10 minggu.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di YouTube, Irwansyah berkata, dia kini berada dalam proses untuk berpindah ke rumah baharu yang akan dilengkapi dengan lif disebabkan bimbang akan keadaan isterinya, Zaskia yang kini berbadan dua.
Terdahulu, pasangan itu berkongsi berita gembira bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama selepas hampir 10 tahun perkahwinan.
"Ini ruang untuk menonton TV, ruang untuk keluarga bersantai dan nanti ada ruang untuk Zaskia bersenam. Walaupun rumah tidak terlalu besar tapi cukuplah untuk keluarga kecil saya.
"Nanti akan ada lif sebab bimbang nak biarkan Zaskia naik turun tangga dalam keadaan hamil. Jadi, nanti dia gunakan lif saja untuk naik ke ruang atas rumah," katanya menerusi video itu.
Demi merealisasikan rumah impian mereka, Irwansyah dan Zaskia memutuskan untuk menjual dua unit apartment mereka yang terletak di Jakarta Selatan, Indonesia.
Zaskia nekad untuk tidak lagi tinggal di apartment dan ingin membangunkan rumah baharu kerana bimbang memikirkan keadaannya ketika ini yang sedang hamil.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.