Setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Indonesia, Irwansyah dan Zaskia Sungkar akhirnya bergelar ibu bapa.
Dilaporkan Zaskia selamat melahirkan anak sulung mereka semalam di Hospital Bunda, Menteng, Jakarta Pusat.
Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Irwansyah dan isterinya, Zaskia di akaun Instagram milik mereka serta sebuah rakaman video yang dimuat naik di akaun Youtube The Sungkars Family.
Menerusi hantaran Irwansyah, cahaya mata sulung pasangan tersebut diberikan nama Ukkasya Muhammad Syahki.
“Assalamualaikum anak soleh ku, Ukkasya Muhammad Syahki, anak baik mami papa,” tulisnya.
Irwansyah turut menzahirkan penghargaan kepada para doktor yang membantu mereka sepanjang proses kelahiran anak mereka.
“Kepada semua yang belum pernah kita temu tapi doanya luar biasa, terima kasih atas sokongan dan cintanya untuk keluarga kecil kami selama ini.
"Semoga Allah membalas setiap doa , ucapan manis , dan sokongan kalian semua dengan pahala kebaikan dan keberkatan,” tulisnya lagi.
Melalui saluran Youtube mereka, ada satu momen yang amat menyentuh hati apabila Irwansyah melantunkan azan untuk zuriat pertamanya yang sedang menangis.
Terdahulu, Irwansyah dan Zaskia yang mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011. Mereka turut berkongsi berita gembira tentang kehamilan anak pertama mereka melalui proses IVF pada September 2020.
Tahniah diucapkan kepada Irwansyah dan Zaskia yang menunggu penantian ini dengan penuh kesabaran sepanjang pernikahan mereka!
Sumber: Gempak / Instagram / Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.