Pasangan terkenal Indonesia, Irwansyah dan Zaskia Sungkar yang baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwianan mereka yang ke-10 telah mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Pengumuman itu dilakukan secara siaran langsung menerusi rancangan televisyen Indosiar dan sekaligus meraikan ulang tahun pernikahan mereka.
Irwansyah memulakan acara tersebut dengan membaca Al-Quran terlebih dahulu disamping isterinya.
“Lelaki guys!” ujar Irwansyah.
“Alhamdulillah, kita bermula dengan anak lelaki,” kata Zaskia.
Rata-rata rakan artis dan keluarga terdekat amat teruja untuk Irwansyah dan Zaskia atas anugerah cahaya mata mereka yang pertama ini.
Bahkan, penyanyi terkenal Melly Goeslaw dan Anto Hoed telah menciptakan sebuah lagu istimewa berjudul Titipan Illahi buat bayi tersebut.
Irwansyah dan Zaskia yang mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011 amat teruja bakal menimang cahaya mata pertama selepas menjalani rawatan IVF.
Irwansyah dan Zaskia Sungkar berkongsi berita gembira tentang kehamilan anak pertama mereka pada September 2020.
Sumber: mStar // Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.