Bekas penyampai radio terkenal, Ismahalil Hamzah yang dibebaskan Julai lalu setelah dipenjarakan dua tahun mengakui agak kekok untuk menjalani kehidupan seharian semula.

Dia menjelaskan yang tidak ada yang perlu segan kerana sudah terbiasa dengan kehidupan terkurung membuatkan tidak betah terpaksa menghadap kehidupan hiruk-pikuk di kota.
"Pada mulanya terasa kekok juga kerana saya sudah terbiasa dengan suasana terkurung selama dua tahun. Jadi, mula-mula keluar rasa janggal.
"Saya tak takut orang bercakap, tetapi saya jadi gelisah bila berada di tempat ramai orang.
"Sebab itulah saya pilih tinggal bersama ibu kerana suasana di kampung sejuk dan mendamaikan," katanya.
Terdahulu, Ismahalil dibebaskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram, dua tahun lalu.
Tambahnya, dia juga mengakui terpaksa bermula dari bawah kerana duit simpanan habis digunakan menggantikan wang saudara mara yang bermurah hati meminjamkan duit bagi menampung kos guaman bernilai RM100,000.
Wang simpanannya dibekukan ketika di penjara menyebabkannya terpaksa meminta belas ihsan ahli keluarga terdekat bagi membayar kos guaman.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.