Siapa yang tak terpegun dengan wajah cantik pelakon, Izara Aishah. Bersolek ataupun natural, tetap cantik. Baru-baru ini, Izara Aishah muat naik foto bersama puteri kesayangan, Irisa Alaia di Instagram.
Foto tersebut yang ditangkap oleh suami tercinta memaparkan Izara sedang melakukan rutin pam susu dan tetap kelihatan cantik walaupun masih berpakaian baju tidur di rumah.
Foto tersebut menarik perhatian ramai, sehingga ada seorang pengguna Twitter tertanya sama ada bintang ini tetap memakai solekan 24 jam di rumah.
Persoalan netizen itu dibalas dengan begitu baik siap dipanggil sayang oleh Izara Aishah.
“Tak sayang. Social media bukan realiti,” balasnya di Twitter.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan jawapan pelakon jelita itu dan ramai turut menyifatkan Izara memiliki kecantikan yang tersendiri sama ada muka bersolek ataupun natural.
Sebelum ini, Izara dan Adib membina rumah tangga pada 17 November 2017. Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, pasangan tersebut menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka pada 15 April 2020 yang diberikan nama Irisa Alaia Muhammad Adib.
Sumber: Instagram & Twitter Izara Aishah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.