Pelakon Izara Aishah telah membuat permohonan maaf kepada umum selepas gambarnya yang berpelukan dengan Perdana Menteri tersebar di media sosial. Gambar tersebut telah mendapat kecaman serta mencetuskan kontroversi.
Izara menjelaskan dia tidak bermaksud untuk mencemarkan nama baik sesiapa dan menurutnya aksinya memeluk PM itu dilakukan secara spontan. Malah, Izara juga menyesali kesalahan yang dilakukannya.
"Seperti kebanyakan rakyat, saya kagum setiap kali melihat YAB Tun Dr Mahathir. Beberapa hari lalu juga tiada bezanya.
"Saya kesal ada segelintir individu memberi respon negatif terhadap posting itu. Kepada YAB Tun dan keluarga, saya meminta maaf kerana bersikap terlampau ekspresif," tulisnya.
Izara dan keluarga mertuanya membuat kunjungan peribadi ke rumah PM pada 2 Syawal lalu.
Sumber dari Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.