Artikel ini ditaja oleh HONOR Malaysia
Kredit: HONOR Malaysia, Edit: SINAR
Janna Nick, buat apa pun boom kan? Berlakon hebat, mengacara pun ada style tersendiri dan bila menyanyi, lagu-lagunya bukan je catchy tetapi menjadi siulan ramai.
Jadi tak pelik la kalau Janna Nick ada raaamai peminat!
Terbaharu Janna muncul dengan MV #KlikKlikLagiCun untuk mempromosikan telefon pintar kelas pertengahan HONOR 90. Memang comel dan stylish la Janna dalam MV ni 👇 Dance step dia pun senang nak ikut...
Kalau anda salah seorang peminat Janna Nick, ini peluang anda bertemu dan beramah mesra dengan selebriti pujaan anda ni.
Jom Jumpa Janna Nick di Roadshow HONOR 90 di IOI City Mall
Ada yang sempat pergi Roadshow HONOR 90 di One Utama minggu lepas? Meriah! Ramai yang datang untuk lihat sendiri kehebatan HONOR 90 sambil rebut tawaran istimewa eksklusif di roadshow.
Kredit: HONOR Malaysia
Untuk yang tak sempat datang roadshow di One Utama, anda masih berpeluang mendapatkan tawaran istimewa HONOR 90 di Roadshow HONOR 90 mulai 2 hingga 6 Ogos ni di LG East Court, IOI City Mall.
Menariknya kalau anda beli HONOR 90 waktu roadshow ni, anda berpeluang:
- Bawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM13,900
- Sertai cabutan bertuah
- Merasai sendiri keenakan minuman kolaborasi Zus X Pepsi
Untuk yang nak jumpa Janna Nick, pastikan anda datang pada 5 Ogos, Sabtu mulai jam 2 hingga 4 petang!
Kredit: HONOR Malaysia
Ada yang masih pertimbangkan nak miliki HONOR 90? Ini kami kongsikan kehebatan telefon pintar ni!
Ini Sebab Anda Kena Miliki HONOR 90
Ada banyak sebab kenapa anda kena miliki telefon pintar pertengahan HONOR 90. Selain ciri perlindungan mata, ini yang anda perlu tahu 👇
#1 Rekaan & Pilihan Warna Menarik
Kredit: HONOR Malaysia
Ada 3 pilihan warna menarik yang diinspirasikan daripada seni pembuatan barangan kemas mewah. Setiap warna mempunyai corak berbeza, nampak mewah dan kesemua rekaan didatangkan dengan skrin melengkung yang menyerlahkan gaya.
Anda yang sukakan rekaan klasik tetapi nampak mewah, warna hijau ni sememangnya menawan.
Di bahagian atasnya warna silver kosong. Tetapi di bahagian bawah mempunyai rekaan grid berlian bertekstur timbul. Nampak mewah dan elegan.
Moden, romantik dan trendy. Warna dan patternnya diinspirasikan daripada permata opal dan bulu-bulu pelepah merak yang berubah warna mengikut cahaya apabila disuluh pada peranti.
#2 Perlindungan Mata Dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko
HONOR 90 adalah pilihan yang lebih baik untuk melindungi mata kerana ia dikatakan mampu mengurangkan keletihan pada mata terutamanya bila kita tengok telefon dalam keadaan gelap atau kurang pencahayaan.
Kredit: HONOR Malaysia
HONOR 90 didatangkan dengan frekuensi pemalapan ultra tinggi PWM 3,840Hz yang diiktiraf oleh Pensijilan TĂśV Rheinland Flicker Free, jauh melebihi standard yang ditetapkan IEEE Std 1789-2015, sebanyak 3,125Hz.
Frekuensi pemalapan ultra tinggi ini adalah lebih baik berbanding frekuensi rendah yang bukan sahaja memberi risiko kepada mata tetapi boleh menyebabkan gangguan serta tekanan, keletihan, penglihatan kabur dan pelbagai simptom lain.
#3 Kamera Super Sensing 200MP
Kredit: HONOR Malaysia
HONOR 90 didatangkan dengan empat kamera iaitu 3 kamera belakang dan satu kamera selfie. Tetapi kamera yang paling hebat tentunya 200MP Super Sensing Camera dengan 1/1.4-inci CMOS dan kamera piksel setara piksel besar 2.24µm profesional (16-dalam-1).
Kredit: Kenji Ooi/HONOR Malaysia
Kredit: Fahmie Izwan/HONOR Malaysia
Kredit: Azha Pekan/HONOR Malaysia
Bukan kamera belakang je cantik, kamera depan HONOR 90 pun cun, dilengkapi kamera Super Clear 50MP yang menyokong video 4K HD dan sudut pandang 100° super wide-angle. Jadi gambar yang anda ambil dengan HONOR 90 tentunya lebih details dan cantik, macam gambar Janna ni!
Kredit: HONOR Malaysia
#4 Ruang Penstoran Besar!
Pengguna HONOR 90 tak perlu risau dengan storage kerana telefon ini membolehkan anda miliki telefon memori 12GB dengan pilihan storage 256GB atau 512GB pada harga mampu milik! Bolehlah ambil gambar dan video banyak-banyak.
#5 Bateri 5000mAh
Kredit: HONOR Malaysia
HONOR 90 bukan sahaja ringan dengan berat 183g tetapi ianya didatangkan dengan bateri 5,000mAh yang boleh bertahan selama 19.5 jam penggunaan tanpa henti. Pengecasannya pun pantas dengan SuperCharge 66W yang membolehkan anda cas hingga 45% dalam hanya 15 minit dan cas penuh dalam hanya 49 minit!
Cepat dapatkan HONOR 90 sekarang!
Rekaan cantik, features menarik. Tentu ramai yang tak sabar nak miliki telefon ni kan?
Anda boleh dapatkan HONOR 90 SERIES pada harga RM1,799 (12GB+256GB) atau RM2,099 (12GB+512GB) di mana-mana store HONOR berhampiran.
Dan kalau anda beli sekarang, anda berpeluang mendapatkan hadiah percuma bernilai RM647 termasuk HONOR Earbuds X5, 1+1 tahun tambahan waranti dan perlindungan skrin retak selama 180 hari.
Kredit: HONOR Malaysia
Jangan lupa serbu roadshow HONOR di LG East Court, IOI City Mall pada 2 hingga 6 Ogos ni untuk pelbagai tawaran dan aktiviti menarik.
Jom dapatkan sekarang! Layari laman web HONOR untuk info lanjut!