Pelawak dan penyampai radio SINAR, Jep Sepahtu mendedahkan wajah dan nama anak keduanya bersama isteri Sari Yanti selepas lebih sebulan dilahirkan.
Jep muat naik sepotong video anaknya yang sedang diurut dalam keadaan meniarap, sekaligus mendedahkan nama bayi lelakinya itu buat kali pertama menerusi perkongsian di Instagram.
"Subhanallah, anak abah @muhammadkhidirofficial," tulisnya ringkas.
Meninjau ruangan komen perkongsian Instagram berkenaan, rata-rata pengikut Jep tumpeng gembira melihat wajah muka Khidir dan berdoa agar dia membesar menjadi seorang anak yang soleh.
Tidak kurang juga beberapa rakan industri seperti Anzalna, Tomok dan Feeya Iskandar yang turut meninggalkan komen.
Terdahulu, isteri Jep, pelakon Sari Yanti telah berkongsi pengalaman melahirkan Khidir.
Menurutnya, proses bersalin kali kedua itu berbeza berbanding sebelumnya kerana memakan masa yang agak lama.
Jep dan Sari mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka sebelum ini dikurniakan seorang puteri, Dariya Inara yang sudahpun berusia 2 tahun. Sari selamat melahirkan cahaya mata lelaki seberat 3.34 kg pada 6 Jun 2020.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.