Joe Branko meluahkan rasa syukur setelah anak perempuannya itu diijabkabulkan dengan pasangannya Mohammad Adham.

Lebih 10 tahun mereka saling mengenali, Joe berasa yakin dan menumpang gembira di hari bahagia anak perempuannya.
“Rasa macam baru je dukung dia masa umur enam bulan, tiba-tiba sekarang dah kahwin.
“Mereka dah kenal sejak tingkatan empat lagi. Sebagai bapa, saya risau juga sebab mereka dah 10 tahun berkawan. Namun, saya lega dan bersyukur kerana mereka akhirnya ke jenjang pelamin. Saya dah lama kenal menantu dan memang dah anggap dia seperti anak sendiri,” kata Joe yang juga bekas pemain gitar Wings.
Majlis pernikahan dan persandingan yang berlangsung di Batu 18, Hulu Langat, Selangor itu turut dihadiri rakan-rakan artis dan penggiat industri muzik antaranya Datuk M Nasir dan isteri, Marlia Musa, Datuk Hattan, Ella, Muss, Kid Search, Nasir Search, Black Wings, Ito Blues Gang, Ghani Blues Gang, bekas pengurus Wings, Ali Bakar; pengarah, Nasir Jani; pemain keyboard, Rozario dan anggota kumpulan Barbarik, Ainol (dram), Rozaimie (bass) dan Adi (keyboard).
Malah, Joe mendedahkan dia sebak tetapi masih gembira atas anaknya yang melangsungkan perkahwinan.
“Kita dah jaga dan didik dia sejak kecil. Kita dah berikan yang terbaik untuk masa depannya. Namun, sampai masa kita sebagai ibu bapa kena terima hakikat anak perempuan akhirnya akan mengikut suaminya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.