Shaheizy Sam memuat naik foto kek sempena ulang tahun perkahwinannya bersama isteri, Syatilla Melvin.
Tetapi kek ulang tahun bukan menjadi tumpuan netizen, yang menarik perhatian netizen sampai geli tekak adalah kek birthday Syatilla Melvin yang berbentuk lipas.
Ya! Lipas. Kek tersebut dibuat dengan begitu teliti sampai bulu-bulu kecil di bahagian kaki kek lipas tu nampak sangat betul.
“Kek Anniversary decent je, tapi birthday cake dia. Teliti sungguh dengan bulu-bulu kat kaki tu. Tergamak ke nak makan? Nasib baik sedap,” tulis Shaheizy Sam di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen, ramai netizen menyatakan mereka geli tekak melihat kek lipas tersebut. Malah, pelakon Sharnaaz Ahmad pun ada meninggalkan komen.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.