Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mengakui sering tertanya-tanya kepada diri sendiri terhadap kelakuannya yang melakukan kesalahan sama iaitu curang.

Menurut perkongsiannya di audio siar The Commonfolks SG, dia menekankan hanya memilih untuk tidak mengulas sebarang aib dan pendedahan yang dilakukan isterinya, Bella Astillah sebelum ini termasuk dakwaan curang dengan 11 orang wanita.
“Sejujurnya saya tak mengikut jumlah pendedahan (curang) tersebut, saya juga memilih untuk jelaskan semua dakwaan dan aib yang dia dedahkan. Saya juga tak akan membangkang sebab saya tahu (sedar) diri.
“Saya juga banyak kali tanya diri sendiri kenapa saya kerap lakukan perkara sama (curang) tetapi saya tak dapat jawapan itu,” katanya.
Tambahnya, dia juga membuat andaian bahawa dirinya lemah dalam menghargai dan memahami isterinya.
“Saya bercakap dengan diri sendiri bahawa Tuhan sudah beri macam-macam benda seperti menang Gegar Vaganza musim kesembilan, ada keluarga, macam-macam saya miliki tapi kenapa lakukan kesalahan sama.
“Kemudian, saya buat kesimpulan bahawa saya ada masalah untuk dengar tangisan isteri saya. Tidak mampu sedar dan gagal mencari sebab mengapa isteri saya menangis,” jelasnya.
Namun, dia tidak menolak bahawa dia memerlukan bantuan daripada pihak lain dalam mencari jalan penyelesaian ‘krisis’ dalam dirinya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.