Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Kes Rogol: Pendakwaan Fail Rayuan Hukuman Terhadap Da'i Syed

Notis Rayuan terbabit telah difailkan dalam jangka masa 14 hari selepas keputusan dibuat oleh Mahkamah Sesyen.
ifara_wahid
05 Nov 2024, 05:50 PM

Lands-P-3.png

Rayuan berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed, yang dijatuhkan atas pertuduhan merogol seorang wanita pada 2019, telah difailkan oleh pihak pendakwaan di Mahkamah Tinggi.

Notis Rayuan tersebut difailkan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan dibuat oleh Mahkamah Sesyen.

Walau bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai rayuan hukuman tersebut tidak didedahkan secara terperinci.

Serentak dengan itu, notis rayuan daripada pihak pembelaan Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, berhubung sabitan dan hukuman berkenaan, turut difailkan.

Susulan itu, semasa pengurusan kes, Timbalan Pendaftar, Nadia Othman memerintahkan petisyen rayuan berhubung notis berkenaan, difailkan selewat-lewatnya Rabu bagi pihak pembelaan sementara Khamis untuk pendakwaan.

Sementara itu, peguam, Muhammad Amin Othman berkata, pihaknya akan memfailkan petisyen itu secepat mungkin.

“Bagaimanapun, alasan-alasan serta maklumat dalam petisyen tidak dapat didedahkan.

“Begitu juga dengan alasan petisyen oleh pihak pendakwaan, ia masih diperingkat pra-matang,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah, sejurus prosiding selesai.

 

Sumber: Sinar Harian
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us