Buat peminat filem Kingsman, berita baik untuk anda kerana Kingsman 3 akan berada di pawagam pada 8 November 2019.
Menerusi tweet dari @ERCboxoffice , Matthew Vaughn akan kembali mengarahkan dan menulis jalan cerita filem ini.
Kingsman 3 dikatakan masih lagi mengekalkan watak ‘Eggsy’ dan Galahad sebagai watak utama. Turut bersama adalah Tequila (lakonan Channing Tatum) daripada Kingsman 2.
Tambah lagi, menurut laman That Hashtag Show, satu lagi watak baru yang dikenali sebagai Conrad akan diperkenalkan dalam Kingsman 3.
Sumber: UNILAD
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.