Kalau ada adik beradik, tak kira perempuan atau lelaki, mesti pernah curi barang masing-masing. Lagi-lagi baju, kasut mahupun beg.
Personaliti media sosial, Ameera Khan atau lebih mesra dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) merupakan adik kepada Neelofa mencuri tumpuan netizen apabila memakai baju dan beg tangan kakaknya ketika keluar membeli barang keperluan harian.
Ameera memuat naik gambar unuk tatapan umum diserta kepsyen, “I guess we’re having pasta for dinner.”
Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah melihat Neelofa turut meninggalkan komen pada foto tersebut.
“My baju, my bags,” tulis Neelofa.
Bahkan, Neelofa turut menulis satu Tweet yang menyatakan ini adalah perkara biasa jika hidup dengan adik-beradik.
Rata-rata pengikut Neelofa di Twitter boleh relate dengan situasi ini dan turut kongsi situasi mereka bersama adik-beradik yang suka mengambil pakaian.
Okay, korang yang hidup ada adik-beradik pernah tak curi pakaian masing-masing?
Sumber: Instagram / Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.