Penyanyi kumpulan yang menambat hati peminatnya, Kugiran Masdo tampil dengan single terbaru berjudul 'INILAH JALANNYA'

Uniknya, lagu tersebut diciptakan sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer tersohor Noh Salleh.
Malah, Ali Sariah sebagai vokalis Kugiran Masdo meminati muzik retro dan single baru ini menceritakan tentang detik-detik manis percintaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata tetapi diluahkan hanya dengan berbalas pandangan dan senyuman dengan seseorang yang diminati.
“Kami berasa sangat bertuah kerana berjaya mendapatkan lagu ciptaan Noh Salleh ini. Beliau memang pakar dalam mencipta melodi dan senikata yang menangkap telinga.
“Sejak kami perdengarkan lagu ini kepada peminat dalam konsert di Zepp KL tempohari, peminat telah memberikan sambutan yang hangat dan tidak sabar menantikan lagu ini dilancarkan secara rasmi,” katanya.
Tambahnya, Ali dan kumpulannya berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama antara Warner Music Malaysia dan Warner Music Indonesia bagi menaikkan lagi portfolio muzik mereka.
“Ini merupakan single pertama dari tiga buah lagu yang bakal diterbitkan dalam kerjasama ini. Kami percaya kerjasama dengan Warner Music Malaysia dan Warner Music Indonesia ini mampu membawa kami ke aras yang lebih tinggi dan membuka peluang lebih besar untuk kami di masa akan datang,” jelasnya.
Single 'INILAH JALANNYA' terbitan Warner Music Malaysia bersama Warner Music Indonesia ini boleh didapati di semua platform digital dan video muzik rasmi 'INILAH JALANNYA' boleh ditonton di saluran YouTube MASDO.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.