Penyanyi Lan Solo terkejut dengan keadaan yang menimpa anak lelakinya, Mohamad Akid Qassyaff akibat terkena bucu kabinet televisyen malam tadi.

Menurut perkongsian di laman Instagramnya, dia menerima berita kejadian yang mengakibatkan telinga kiri Akid terkoyak dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
"Alahai anak..., dah nak dekat raya ni abang! Biasanya budak-budak dekat-dekat nak raya ni kalau ke hospital sebab main bunga api atau mercun.
"Ini tak, kes lompat-lompat nak terkam apa entah dalam bilik. Telinga terkena bucu kabinet televisyen."
Dia hanya mendapat tahu mengenai insiden berkenaan selepas menerima panggilan anak perempuannya ketika dia sedang berada di acara festival raya di ibo kota.
"Allahuakbar, berderau darah daddy dan mommy dapat tahu bila kakak WhatsApp. Daddy mommy tinggalkan sekejap sahaja sebab pergi berniaga, tapi itulah benda nak jadi... Allah nak bagi ujian dalam bulan baik ini," katanya.
Namun, dia bersyukur kerana anak lelaki tunggalnya tidak mengalami kecederaan yang begitu parah.
"Alhamdulillah... tidak teruk sangat luka dekat bahagian telinga itu tapi biasalah, mak ayah kan, faham sahaja.
"Sebelum ini dahi kiri, lepas itu belah kanan pula koyak...kali ketiga ini dekat telinga. Akid oh Akud," jelasnya.
Lan yang berkahwin dengan Nur Sheila Hassim pada Disember 2009 mempunyai empat anak iaitu Nur Amna Qaleesya, 10, Nur Amna Qeesyara, 9, Mohamad Akid Qassyaff, 8 dan Nur Amna Quzandra, 5.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.