
Penyanyi Liza Hanim baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah dan dia turut menyeru kepada mana-mana individu yang berpeluang untuk ke tanah suci agar supaya merebut segera peluang itu.
Liza berkata pengalaman mengerjakan ibadah di Tanah Suci tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. "Jika ada peluang rebutlah. Hanya Allah sahaja yang tahu nikmatnya berada di sana sampaikan saya sendiri pun tak dapat nak menggambarkan perasaan itu.
"Jika ada peluang rebutlah. Hanya Allah sahaja yang tahu nikmatnya berada di sana sampaikan saya sendiri pun tak dapat nak menggambarkan perasaan itu.
"Jangan hanya kerana takut banyak dosa kita tak mahu pergi ke sana. Kalau sudah sampai waktu, jangan tolak pelawaan ke Makkah," katanya.
Liza Hanim mengerjakan umrah bersama dengan suami, ibu mertua serta anak saudaranya. Tujuan lain Liza menunaikan ibadah umrah bersama keluarga adalah bagi menunaikan nazar dibuat oleh ibu mertuanya selepas kesihatan ibu mertuanya yang terjejas pada tahun lalu kembali pulih.
"Sebetulnya sudah lama juga kami merancang untuk ke sana malah saya kali pertama ke Makkah pun ketika berusia 13 tahun.
"Ketika itu masih kecil dan tak banyak perkara yang betul-betul saya fahami dan kali ini Alhamdulillah nikmat itu sampai buat rindu sejak pulang.
"Kebetulan bawa ibu mertua yang bernazar dan syukur semuanya berjalan lancar untuknya menjalankan ibadah dengan sempurna," jelasnya.
Sumber dari mStar Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.